Thursday, 2 June 2011
dilema NORA ELENA :)
Diadaptasi longgar dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci (penulis : Meen Zulaikha) yang mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu...
Lakonan hebat Aaron Aziz, Siti Saleha, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam di TV3 =]
Nora Elena (Siti Saleha) ialah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa dia berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz).
Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Seth Tan pula menawarkan dirinya menjadi Pak Sanggup menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk.
Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora Elena mendapat tahu Seth ini rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika itu sedang mengandung anak Seth.
Dapatkah Nora menerima dan memaafkan Seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? Apakah motif Seth mengahwini Nora?
* sanggup tengok dekat www.tonton.com.my kalau tak dapat tengok dekat tv. memang gilee sweet cerita ni . novel dia dah berpuluh-puluh kali aku khatam . sampai hafal jalan cerita .
lagi satu, kan best kalau dapat layanan yang mcm SETH TAN bagi dekat NORA ELENA tuh . jeless shiall :)