Friday, 5 August 2011

buat pertama kali..


buat pertama kalinya dalam hidup aku dalam bulan ramadan ni
aku berbuka puasa hanya dengan air masak dan kurma serta roti.
sumpah ini pertama kali

ya allah
aku tak tahu kenapa bulan puasa tahun ini aku terasa amat seksa hidup aku
tidak seperti tahun2 yang lepas

sesungguhnya aku seorang yang pemalu..
malu untuk meminta bantuan orang lain
walaupun dengan kawan sendiri
kerana aku tahu kadang kala mereka juga mempunyai masalah sendiri
aku faham itu.
tapi walau seramai mana pun kawan-kawan aku
aku tetap malu
walaupun aku sudah terlalu kenal dirinya
bukan aku nak berlagak sombong atau apa pun
tapi itu lah aku
malu untuk meminta bantuan orang lain
kalau aku meminta tolong dalam sesuatu perkara
tak bermakna aku tidak berfikir panjang
aku akan memikirkan
apa mereka akan kata? mereka tengah buat apa?  aku ni tak mengganggu mereka ke?
sekiranya ada pesanan yang masuk ke dalam peti masuk handphone mereka
bermakna aku sangat membutuhkan bantuan.

walaupun mereka mengatakan
"eh takpe lah. aku tak kisah pun" @ : " i tak kisah pun lah"
tapi aku tetap rasa yang aku ni menyusahkan mereka semua
aku minta maaf.